Saturday, 4 April 2020

PKP 18 Mac-14April 2020

Duduk Dirumah
Jangan kemana-mana
Kecuali beli barang dapur
Itu pun bapa seorang je

Bapa tak biasa beli
Bapa tak kenal sayur, tak kenal jenis ikan
Sediakan senarai barang nak dibeli
Kenali jenis sayur & ikan... tanya google

Jangan lupa
Pakai topeng muka
Pakai sarung tangan
Ambil jangan belek2 letak semula

Balik basuh tangan diluar
Gunakan sabun
Basuh ikut panduan SOP
Tanggalkan pakaian, asingkan & basuh

Jemur seketika bahan yang dibeli
Basuh bersih-bersih
Gunakan sanitizer
Dimasak, elakkan makan mentah

TISS dah masuk senarai
Ada yang positif COVID-19
berjaga kita bersama
berdoa bersama

semoga dijauhkan COVID-19

Saturday, 18 January 2020

Ibu oooh Ibu, Ayah ohh ayah

Pagi harini, agak tersentuh perasaan saya bila teringatkan Ibu-Ibu di PAWE SS,
tidak seberapa yang dapat kita buat untuk ibu-ibu, khususnya ibu kita sendiri,
begitu juga untuk ayah-bapa kita, khususnya bapa kita sendiri,
mudah-mudahan sedikit usaha bersama PAWESS ini diterima Allah
 sebagai amal jariah kearah memenuhi sifat anak yang soleh

Saturday, 5 October 2019

Taklimat Reten KOSPEN

Pagi ini 6.10.2019 bertempat di Rumah Cinta Kasih PAWESS, MO, Dr Norazlin dan MA, Pn Syamimi telah memberi taklimat dan tunjuk ajar  key-in data reten saringan NCD KOSPEN TISS kepada sukarelawan KOSPEN, terima kasih  DR.,..











Saringan NCD dikendalikan oleh sukarelawan KOSPEN TISS,  En. Mohd Razali bin Mohd Saleh, terima kasih bang...



Bengkel MOVeS : Kemaskini Data KOSPEN di Klinik Kesihatan Yong Peng pada Sabtu 5.10.2019 bersama 6 lokaliti KOSPEN KRT Daerah Batu Pahat dibimbing oleh Unit NCD KKDBP.
Terima kasih Dr. Siti Anida, Dr. Siti Nadiah, dan lain-lain doktor serta staf KKDBP/KKYP.




Saturday, 28 September 2019

PAWESS dalam progres

Kerja-kerja memasang kerangka bumbung sedang giat dilaksanakan dibangunan PAWESS,


Paip & Tangki Air TISS

Hari ini kontraktor membuat sambungan paip daripada Jalan Selatan kepada paip Jalan Simpang Lima-Pt Sulong, kerja-kerja sedang giat dilaksanakan, semoga progres projek berjalan lancar...


Monday, 9 September 2019

First Go-ro di Balai Islam

Mesyuarat Khas AJK dan Pegawai MTISS pada Rabu 4.9.2019 telah bersetuju sebulat suara Balai Islam ditadbir oleh sebuah ajk yang diletakkan dibawah seliaan Penolong Pengerusi MTISS yang diketui oleh seorang Pengurus. Pengurus Balai Islam  yang akan dipanggil dalam Mesyuarat AJK MTISS bagi tujuan melaporkan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti.

Struktur tadbir-urus Balai Islam,

Pengurus :
Penolong Pengurus :
Setiausaha kerja :
Ajk seramai 4 orang

Sehubungan itu, gotong royong pertama telah dilaksanakan pada Jumaat 6.9.2019 pagi,
kehadiran : Tok, Bakhtiar, Syed, Dr. Kamal, Hj M Yusak, Saadan, Jarie, Naz , Ody, Selamah, Hanem,Yan dan Sham.

kerja-kerjanya : tebang 5 rumpun pokok pinang, trim 2 rumput pokok bunga kertas, sampah buang seberang,bakar pangkal pokok pinang, trim pokok bunga pasu, bersihkan longkang  dsb,
Wanita sapu, mop dan kemaskan ruang dalam termasuk ruang solat wanita.

Jamuan cekodok dan air teh, bbyk terima kasih yang dpt datang bantu..