Saturday, 12 November 2016

Tapak Gerai Makan Yang Baharu

Setelah beberapa kali bermesyuarat maka tindakan telah dimulakan pada Rabu 9 November 2016.

Pokok sawit yang telah berumur kira-kira 8 tahun (Disember 2008 - November 2016) telah dibersihkan sebagai persiapan tapak gerai makan yang baharu. Projek ini mendapat peruntukan sebanyak RM300,000.00 daripada Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr. Noraini binti Ahmad ditambah dengan peruntukan MPBP untuk menggantikan longkang kiri dan kanan zon pemisah ini.