Saturday, 5 October 2019

Taklimat Reten KOSPEN

Pagi ini 6.10.2019 bertempat di Rumah Cinta Kasih PAWESS, MO, Dr Norazlin dan MA, Pn Syamimi telah memberi taklimat dan tunjuk ajar  key-in data reten saringan NCD KOSPEN TISS kepada sukarelawan KOSPEN, terima kasih  DR.,..











Saringan NCD dikendalikan oleh sukarelawan KOSPEN TISS,  En. Mohd Razali bin Mohd Saleh, terima kasih bang...



Bengkel MOVeS : Kemaskini Data KOSPEN di Klinik Kesihatan Yong Peng pada Sabtu 5.10.2019 bersama 6 lokaliti KOSPEN KRT Daerah Batu Pahat dibimbing oleh Unit NCD KKDBP.
Terima kasih Dr. Siti Anida, Dr. Siti Nadiah, dan lain-lain doktor serta staf KKDBP/KKYP.




Saturday, 28 September 2019

PAWESS dalam progres

Kerja-kerja memasang kerangka bumbung sedang giat dilaksanakan dibangunan PAWESS,


Paip & Tangki Air TISS

Hari ini kontraktor membuat sambungan paip daripada Jalan Selatan kepada paip Jalan Simpang Lima-Pt Sulong, kerja-kerja sedang giat dilaksanakan, semoga progres projek berjalan lancar...


Monday, 9 September 2019

First Go-ro di Balai Islam

Mesyuarat Khas AJK dan Pegawai MTISS pada Rabu 4.9.2019 telah bersetuju sebulat suara Balai Islam ditadbir oleh sebuah ajk yang diletakkan dibawah seliaan Penolong Pengerusi MTISS yang diketui oleh seorang Pengurus. Pengurus Balai Islam  yang akan dipanggil dalam Mesyuarat AJK MTISS bagi tujuan melaporkan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti.

Struktur tadbir-urus Balai Islam,

Pengurus :
Penolong Pengurus :
Setiausaha kerja :
Ajk seramai 4 orang

Sehubungan itu, gotong royong pertama telah dilaksanakan pada Jumaat 6.9.2019 pagi,
kehadiran : Tok, Bakhtiar, Syed, Dr. Kamal, Hj M Yusak, Saadan, Jarie, Naz , Ody, Selamah, Hanem,Yan dan Sham.

kerja-kerjanya : tebang 5 rumpun pokok pinang, trim 2 rumput pokok bunga kertas, sampah buang seberang,bakar pangkal pokok pinang, trim pokok bunga pasu, bersihkan longkang  dsb,
Wanita sapu, mop dan kemaskan ruang dalam termasuk ruang solat wanita.

Jamuan cekodok dan air teh, bbyk terima kasih yang dpt datang bantu..   

Tadbir-Urus KRT

Ahad 8 September 2019 bertempat di Balai Ilmu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussain Onn, Batu Pahat, Pengerusi mengikuti Kursus Pemantapan Tadbir-Urus dan Kecemerlangan Kepimpinan KRT Peringkat Daerah Batu Pahat.

Input dimulakan dengan Penerangan tentang tadbir-urus KRT oleh Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat, Tuan Fadzreen Fadil bin Musaldin, diikuti oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Muar-Tangkak mengenai e-RT yang perlu dilengkapkan secara on-line dengan memasukkan maklumat tentang,

i. Mesyuarat
ii. Aktiviti
iii. Kewangan
iv SRS

Bagi KRT yang KOSPEN, jangan lupa memasukkan data saringan ke dalam MoVES ya....

Balai Islam

Sempena lawatan dan tazkirah Tuan Kadi Daerah Batu Pahat As-Seikh Haji Dzulkafli bin Muhamad bersama rombongannya ke Masjid Taman Industri Seri Sulong, 83500 Batu Pahat pada Maghrib Isnin 2 September 2019. Beliau telah membacakan Fatwa Kebenaran Menurunkan Taraf Surau Ribatul Muslimin, Taman Industri Seri Sulong Batu Pahat kepada BALAI ISLAM.

maka dengan itu, semua muslimin dan muslimat dikehendaki menunaikan solat di Masjid Taman Industri Seri Sulong yang baru diistiharkan pada 30 November 2018 yang baru lalu.  

Tuan Kadi mengingatkan bahawa tadbir-urus Balai Islam adalah dibawah tanggungjawab AJK Masjid, gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk kecemerlangan anak-anak taman untuk masa depan yang lebih diredhai dan diberkati Allah jua...

Sunday, 8 September 2019

bangunan PAWESS

Bangunan PAWESS sedang dalam proses pembinaan dialamat Lot. 6807 Jalan SS35, Taman Industri Seri Sulong bersebelahan Bangunan PDKSS, di atas tapak tanah milik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dengan keluasan lantai 30 kaki x 35 kaki.

Semoga bangunan sendiri ini akan dapat  menambahkan motivasi diri untuk turut serta datang kelas dan memudahkan ahli-ahli Warga Emas melaksanakan aktiviti harian.

 Foto sempena lawatan tapak oleh Pegawai-pegawai daripada JKM Negeri Johor.

Wednesday, 7 August 2019

Pelancaran PIDK SS

Syukur Alhamdulillah, pada Sabtu 27 Julai 2019 bermula jam 7.30 pagi , pihak PIDK SS dengan dokongan oleh
1. Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diwakili oleh Dr. Rahayu bt. Othman dan
2. Pejabat kesihatan Daerah Batu Pahat diwakili oleh Dr. Marina bt, Mohd Said, Pn. Aisyah, Pn Zubaidah,  Pn. Atirah dan kakitangannya
3. Klinik Kesihatan parit Sulong diwakili Dr. Noorazlin bt. Abd Rahman dan kakitangannya,
4. Klinik Desa Pt. Maimon dan KD Pt. Separap
5. Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat diwakili oleh Ustaz Syed Muhammad Naqib  Al-habshi bin Syed Abd Motalib dan Ustaz Adam bin Ahmad,
6. Pengerusi dan AJK Masjid Taman Industri Seri Sulong
7. Pengerusi dan AJK KRT TISS2,
8. Sukarelawan PIDKSS / KOSPEN KRT TISS2 /MTISS
9. Peserta kursus, pesakit DM dan ahli keluarga,
10. Hadirin/hadirat yang turut menjayakan

PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENJAGAAN KENDIRI PESAKIT DM
Forum : Apa kata doktor, apa pula kata ustaz?.
bersempena
MAJLIS PELANCARAN PIDK SERI SULONG.


Maulidulrasul PAWESS

Pada Sabtu, 16 Februari 2019, jam 9.00 pagi,  Pusat Aktiviti Warga Emas Seri Sulong telah menganjurkan Majlis Maulidurasul di Perkarangan/Branda Masjid Taman Industri Seri Sulong. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Agama Parit Jamil. Beliau juga merupakan Fasilitator Kursus  haji kendalian Tabung Haji Daerah Muar. Turut hadir adalah Tuan haji Sahnin , Penyelaras Warga Emas dan OKU, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat. majlis diakhiri dengan jamuan nasi baryani, terima kasih semua.





Program In-house Pendidikan dan Penjagaan Kendiri Pesakit DM

Pada 14 April 2019 pihak PIDK SS telah berjaya melaksanakan program in-house kepada Sukarelawan PIDK untuk tujuan
i. mengukuhkan pengetahuan,
ii. memantapkan kemahiran,
iii. menambahkan pengalaman
iv meningkatkan keyakinan melaksanakan tugas berhadapan pelanggan











dan dalam masa yang sama sukarelawan memberi input Pendidikan dan Penjagaan Kendiri kepada pesakit dan ahli keluarga terdekat mereka berdasarkan 5 modul pembelajaran iaitu,
1. Konsep DM
2. Pemakanan
3. Senaman / Aktiviti fizikal
4. Ubat-ubatan
5. Pengajaan kaki,
disamping itu memberi perkhidmatan saringan
1. BMI
2. Paras glukos
3. Tekanan darah
4. Tahap lemak badan
sementara  konsultansi kesihatan diserah kepada MO Y/M KKPS dan kakitangannya.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan termasuklah
1. Jawatankuasa MTISS yang membenarkan menggunakan tempat.
2. MO KKPS dan kakitangannya
3. Sukarelawan PIDK & KOSPEN
4. KRT TISS2
5. para peserta DM
6. Ahli keluarga / jiran tetangga
semoga menjadi amal jariah kita bersama.