Saturday, 28 September 2019

PAWESS dalam progres

Kerja-kerja memasang kerangka bumbung sedang giat dilaksanakan dibangunan PAWESS,


Paip & Tangki Air TISS

Hari ini kontraktor membuat sambungan paip daripada Jalan Selatan kepada paip Jalan Simpang Lima-Pt Sulong, kerja-kerja sedang giat dilaksanakan, semoga progres projek berjalan lancar...


Monday, 9 September 2019

First Go-ro di Balai Islam

Mesyuarat Khas AJK dan Pegawai MTISS pada Rabu 4.9.2019 telah bersetuju sebulat suara Balai Islam ditadbir oleh sebuah ajk yang diletakkan dibawah seliaan Penolong Pengerusi MTISS yang diketui oleh seorang Pengurus. Pengurus Balai Islam  yang akan dipanggil dalam Mesyuarat AJK MTISS bagi tujuan melaporkan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti.

Struktur tadbir-urus Balai Islam,

Pengurus :
Penolong Pengurus :
Setiausaha kerja :
Ajk seramai 4 orang

Sehubungan itu, gotong royong pertama telah dilaksanakan pada Jumaat 6.9.2019 pagi,
kehadiran : Tok, Bakhtiar, Syed, Dr. Kamal, Hj M Yusak, Saadan, Jarie, Naz , Ody, Selamah, Hanem,Yan dan Sham.

kerja-kerjanya : tebang 5 rumpun pokok pinang, trim 2 rumput pokok bunga kertas, sampah buang seberang,bakar pangkal pokok pinang, trim pokok bunga pasu, bersihkan longkang  dsb,
Wanita sapu, mop dan kemaskan ruang dalam termasuk ruang solat wanita.

Jamuan cekodok dan air teh, bbyk terima kasih yang dpt datang bantu..   

Tadbir-Urus KRT

Ahad 8 September 2019 bertempat di Balai Ilmu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussain Onn, Batu Pahat, Pengerusi mengikuti Kursus Pemantapan Tadbir-Urus dan Kecemerlangan Kepimpinan KRT Peringkat Daerah Batu Pahat.

Input dimulakan dengan Penerangan tentang tadbir-urus KRT oleh Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Batu Pahat, Tuan Fadzreen Fadil bin Musaldin, diikuti oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Muar-Tangkak mengenai e-RT yang perlu dilengkapkan secara on-line dengan memasukkan maklumat tentang,

i. Mesyuarat
ii. Aktiviti
iii. Kewangan
iv SRS

Bagi KRT yang KOSPEN, jangan lupa memasukkan data saringan ke dalam MoVES ya....

Balai Islam

Sempena lawatan dan tazkirah Tuan Kadi Daerah Batu Pahat As-Seikh Haji Dzulkafli bin Muhamad bersama rombongannya ke Masjid Taman Industri Seri Sulong, 83500 Batu Pahat pada Maghrib Isnin 2 September 2019. Beliau telah membacakan Fatwa Kebenaran Menurunkan Taraf Surau Ribatul Muslimin, Taman Industri Seri Sulong Batu Pahat kepada BALAI ISLAM.

maka dengan itu, semua muslimin dan muslimat dikehendaki menunaikan solat di Masjid Taman Industri Seri Sulong yang baru diistiharkan pada 30 November 2018 yang baru lalu.  

Tuan Kadi mengingatkan bahawa tadbir-urus Balai Islam adalah dibawah tanggungjawab AJK Masjid, gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk kecemerlangan anak-anak taman untuk masa depan yang lebih diredhai dan diberkati Allah jua...

Sunday, 8 September 2019

bangunan PAWESS

Bangunan PAWESS sedang dalam proses pembinaan dialamat Lot. 6807 Jalan SS35, Taman Industri Seri Sulong bersebelahan Bangunan PDKSS, di atas tapak tanah milik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dengan keluasan lantai 30 kaki x 35 kaki.

Semoga bangunan sendiri ini akan dapat  menambahkan motivasi diri untuk turut serta datang kelas dan memudahkan ahli-ahli Warga Emas melaksanakan aktiviti harian.

 Foto sempena lawatan tapak oleh Pegawai-pegawai daripada JKM Negeri Johor.