Saturday, 26 December 2015

Kerisauan Di Hujung Minggu Hujung Tahun 2015

Penghujung tahun ini memberikan pengalaman bermakna dimana telah beberapa hari dan malam terpaksa berjaga tadah air di meter paip luar disebabkan gara-gara tekanan air sangat rendah dan  tak masuk tangki, banyak pakaian tidak berbasuh atau terpaksa membasuh ditengah malam oleh sebahagian kaum ibu yang semakin risau sinki penuh dengan pinggan mangkok yang belum dicuci bau busuk mula menjelma, dapur tidak berasap makan diluar, namun sampai bila...paksa juga masak dengan serba daif airrrrrrrrrrrrrrrrr... lebih parah lagi bila nak membuang, terasa marahnya... apa nak jadi, saj memberikan ulasan yang serupa diulang-ulang, atau saj.a alasan...


Sudah lebih 10 tahun tangki air ini terbiar walaupun telah beberapa kali isu bekalan air ditimbulkan oleh penduduk, bukan nak cari salah siapa, sama-samalah kita fikirkan apakah kesudahannya...

adakah pihak berkuasa nak tunggu penduduk buat "ADUAN RAKYAT" baru nak bertindak atau mereka nak apa...
pihak kami yakin dan pasti, ia akan jadi isu berlarutan jika dibiarkan...
penduduk akan tumpang promosikan isu ini dalam pilihanraya akan datang..... 
Jumaat...Sabtu...Ahad...Isnin... Selasa baru pulih sekitar 70 %.....


Sambutan Maulidurasul Wanita Parlimen Parit Sulong

Persatuan Wanita Taman Industri Seri Sulong (PERWATISS) telah menyertai Pertandingan Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Mauidurasul di atas yang diadakan di perkarangan dan Dewan MRSM Batu Pahat pada 26 Disember dan telah mendapat tempat Naib Johan penyertaan. Memperoleh piala dan sijil.




 

 


Pertandingan Futsal Veteran, Remaja dan Tunas Jiran KRT TISS2

Pertandingan ini telah selamat dilaksanakan dengan meriah dan jayanya pada Jumaat 25 Disember yang lalu bertempat di Padang Futsal KRT TISS2 Jalan SS 32A.Diantara yang terlibat menjayakannya










Sunday, 20 December 2015

Infrastruktur & Premis


Infrastruktur Dan Premis Kerajaan


1. Dewan Orang Ramai Seri Sulong, Jalan SS19A (2006,2010,2013...)
2. Balairaya Seri Sulong,  Jalan SS39A (2009)
3. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Jalan SS35(2006, 2010...)
4. Tabika KEMAS, Jalan SS31 (2001,2005...)
5. Masjid / Surau Ribaatul Muslimin, Jalan SS Utama (1996, 2001,2002...)
6. Tanah Tapak Masjid Jamik Seri Sulong 3 ekar, Jalan SS Utama (2010...)
7. Tanah Tapak Padang dan Kompleks Sukan 4 ekar, Jalan SS Utama (1996...)
8. Gelanggang Serbaguna / Futsal Pejabat Belia, KBS, Jalan SS8(2012...)
9. Gelenggang sepak takraw dan serbaguna Jalan SS39A.
10. Padang Bola Sepak, Jalan SS39A (2004, 2006...)
11. Padang Permainan Kanak-Kanak, Jalan SS31 (2002...)
12. Tanah Tapak Tadika Jalan SS39A (2004...) 
13. Wakaf / Gazebo – 2 unit di Padang Bolasepak SS39A (2010...)
14. Wakaf / Gazebo – 3 unit sepanjang Jalan SS Utama (2007...)
15. Infrastruktur Permainan Kanak-Kanak Padang Permainan SS31 (2005...)
16. Pondok Pos Kawalan SRS KRT TISS2 (2009...)
17. Pondok menunggu bas – 2 unit  Jalan Pt. Sulong – Simpang Lima.
18. Tapak Pasar Malam Mingguan kelolaan MPBP. 
19. Infrastruktur Polis Komuniti Jalan SS23.
20. Tangki Air unit atas dan tangki unit bawah & rumah pam Jalan SS27A.
21. Logi IWK berpusat untuk fasa 3A.
22. Pusat pencawangan bekalan elektrik untuk industri & perumahan
23. Pusat agihan tenaga elektrik dibeberapa lokasi persimpangan jalan.
24. Kawasan zon pemisah tengah diusahakan untuk tanaman sawit.
25. Pintu gerbang masuk taman Jalan Utama.
26. Tanah rezab JPS sepanjang parit Lintang 2 Kg. Separap.
27. Tanah rezab tapak pengumpulan sampah Jalan Selatan.
28. Tanah rezab tapak pengumpulan sampah Jalan Utara.
29. Tanah rezab tapak gerai-gerai makan.
30. Saliran dan perparitan.
31. Jalan-jalan Seri Sulong (SS) 
32. Papan tanda taman
dan...

Tong Kitarsemula


Tong kitar semula ini didapatkan daripada pihak SWM pada awal 2005, mula-mula ditempatkan didalam pondok kayu lama dilokasi gazebo batu dalam gambar diatas. Kini tempat lokasi lama didirikan pondok konkrit pusat aktiviti rondaan SRS KRT TISS2, maka tong dipindahkan ketempat dalam gambar. 

Sebelum raya tahun ini tong-tong tersebut terbakar sedikit, beritanya akibat api pembakaran sampah dibahagian belakang tong entah oleh siapa... namun masih boleh dipakai... malangnya selepas raya, sekali lagi tong dan rumahnya terbakar hangus oleh kerenah budak-budak main pondok-pondok , yang tinggal hanyalah tapak besi itu sahaja... gambar kenang-kenangan... 

Tuesday, 15 December 2015

Sukaneka KRT TISS

Pada Ahad 13 Disember 2015 bertempat di Padang Permainan SS31telah berlangsungnya sukaneka di atas yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga Taman Industri Seri Sulong. Peserta sangat seronok dapat bersukan sambil mengeratkan ikatan setiakawan dan perpaduan antara warga sejiran taman. Para peserta berharap sukan seperti ini dapat dianjurkan lagi ditahun-tahun akan datang.


Rekreasi Di Taman Botani Johor

Awal 2015 JW dan JM KRT TISS2 telah menganjurkan program aktiviti rekreasi bertmpat di Taman Botani Negeri Johor lokasi berdekatan Pekan Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Persekitaran taman botani ini sangat mengasikkan udara segar, hawa yang nyaman, pemandangan yang menyejukkan bagai terapi kehidupan.
Jom ke sana bila ada kesempatan, bawalah bersama anak-anak dan sahabat handai menikmati kurniaan Tuhan







Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)

JPP ditubuhkan berdasarkan

Pekeliling Ketua Setiausaha
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Bilangan 3 Tahun 2014
(Rujukan : JKT.D.100-1/3/2 Jld. 5(25) bertarikh  Mei 2014
Garis Panduan Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)
Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
No.51, Persiaaraan Perdana, Prestin 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Puterajaya

JPP Zon 10 MPBP meliputi kawasan,
1. Taman Seri Sulong
2. Kawasan Perindustri Seri Sulong
3. Taman Simpang Lima

Zon ke 10 daripada 24 zon dibawah pentadbiran MPBP.

Ahli Jawatankuasa JPP terdiri daripada 10 orang.
Berdasarkan bilangan isi rumah diagihkan 9 ahli daripada TISS dan seorang daripada TSL.
Semoga ajk dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.

Sunday, 13 December 2015

Kejohanan Badminton Tertutup Remaja F3A (DIV 1)

Malam ini 13 Dis. bertempat di Dewan Orang Ramai Seri Sulong telah berlangsungnya pertandingan tersebut dengan penyertaan lebih 20 peserta remaja bagi merebut Johan. Tahniah kepada semua yang menyertai dan pihak penganjur. Semoga bersambungan ke tahun-tahun akan datang.

"Taman terbakar'

Suku tahun 2014 semasa musim kemarau kami di'saji'kan dengan fenomena kebakaran tanah taman/pemaju yang begitu teruk sehingga mengambil masa lebih sebulan untuk padam sepenuhnya. Keadaan tanah gambut tebal dengan bahagian bawah semak samun yang kering telah mengalakkan cepat merebaknya api ditambah dengan kawasan lapang yang mana angin bertiup kencang.  Pasukan bomba terpaksa berkampung beberapa minggu dan mengali/mengempang parit tanah untuk mendapatkan bekalan air kerana api jauh ke dalam semak. Kawasan yang terbakar meliputi hampir 50 ekar yang merupakan tanah pemaju yang belum dimajukan dan ditinggalkan terbiar.



"Gajah Putih"

Pada awal 1996 pemaju menjanjikan dengan adanya tangki dalam taman maka bekalan air akan terjamin berterusan tanpa gangguan atau mengalami tekanan rendah.  JANJI tinggan JANJI...

Sehingga hari ini Dis. 2015 tangki air tersebut masih tidak dapat digunakan malah terbengkalai pembinaannya. Penduduk merungut kerana sering terpaksa menghadapi catuan air, tekanan rendah, putus bekalan air terutama menjelang cuti sekolah dan waktu perayaan. Harapan penduduk kepada yang berwajib bertindaklah... jangan tangguh...




Simpang Keluar Taman

Jalan Utama taman keluar belok ke kiri arah ke pekan Pt Sulong telah rosak teruk sekian lama sehingga tarikh gambar2 ini diposkan. Berlubang penuh dengan air bila musim hujan yang boleh memudaratkan pengguna/penduduk taman terutama waktu puncak pagi nak pergi kerja dan hantar anak-anak ke sekolah.
Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera...





Monday, 7 December 2015

Program Komuniti Bersama Rakyat

Program Komuniti Bersama Rakyat di Parlimen Parit Sulong

Pada 5 Nov. 2015 Unit Pembangunan Persekutuan Negeri Johor (ICU) JPM telah menjalin kerjasama dengan Pejabat Wakit  Rakyat Parlimen Parit Sulong menjayakan program di atas. Pada sebelah pagi diadakan aktiviti gotong-royong di Pt. Puasa dan sebelah petangnya diadakan pertandingan sukaneka rakyat  parlimen Parit Sulong. setiap kampung dalam parlimen telah menghantar wakil untuk  menyertai sukan tersebut bersama pegawai dan keluarga daripada UPPNJ.