Suku tahun 2014 semasa musim kemarau kami di'saji'kan dengan fenomena kebakaran tanah taman/pemaju yang begitu teruk sehingga mengambil masa lebih sebulan untuk padam sepenuhnya. Keadaan tanah gambut tebal dengan bahagian bawah semak samun yang kering telah mengalakkan cepat merebaknya api ditambah dengan kawasan lapang yang mana angin bertiup kencang. Pasukan bomba terpaksa berkampung beberapa minggu dan mengali/mengempang parit tanah untuk mendapatkan bekalan air kerana api jauh ke dalam semak. Kawasan yang terbakar meliputi hampir 50 ekar yang merupakan tanah pemaju yang belum dimajukan dan ditinggalkan terbiar.
No comments:
Post a Comment