Pada hari khamis ini, 29 November 2018, kariah Seri Sulong bersyukur menerima penyerahan bangunan baru Masjid Taman industri Seri Sulong yang telah siap untuk digunakan.
Majlis penyerahan dkelolakan oleh pihak pelaksana J-corp dibantu oleh AJK Pembinaan Masjid dikalangan penduduk taman. Penyerahan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor kemudian kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor kemudian kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid.
Aturcara seterusnya adalah pada malam ni selepas Yasin-tahlil sebelum solat Isyak, dimana wakil Tuan Kadi Daerah Batu Pahat akan membuat pengistirahan fatwa tarik balik kebenaran solat Jumaat di bangunan Surau Ribatul Muslimin.
Esok Jumaat 30.11.2018 merupakan Solat Jumaat kali Pertama dimasjid baru. Sebelum itu Tuan Kadi akan membacakan fatwa kebenaran menggunakan bangunan baru masjid dan solat Jumaat kali pertama. Tuan Kadi berbesar hati untuk membacakan khutbah kemudian solat di imamkan oleh Imam 1, Tn. Hj. Mohd Yusak bin Sapari,. Seleps sesi bergambar beramai-ramai, VIP dan ajk dijemput ke bilik jamuan petang.
No comments:
Post a Comment