Sunday, 9 December 2012

JOM RONDA BERSAMA PDRM

Pejabat Perpaduan Daerah Batu Pahat telah menganjurkan  program Jom Ronda Bersama PDRM Batu Pahat pada 9 Dis. 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Seri Sulong.

Sebanyak 20 SRS seluruh Batu Pahat telah menghantar 5 orang ahli SRS untuk menyertai program ini kecuali KRT TISS2 selaku tuan rumah menyenaraikan 20 ahli.
Program dimulakan jam 9.00 malam dengan ucapan perasmian oleh tetamu VIP iaitu YB Datuk Hj. Ahmad Zahri bin Jamil diikuti dengan persembahan 'T Baton' oleh pihak anggota PDRM jam 9.30 mlm kemudian taklimat penggunaan walkie-talkie oleh pihak JPNIN Negeri .

Jam 10.20 mlm bermula sesi forum dimana En. Tokiap bin Tokimin selaku Pengerusi KRT TISS2 menjadi moderator bersama tiga ahli panel terdiri daripada,
             1. Suprt. Tn Hj Razali Awang selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat
             2. Puan Maria bt Ashari selaku Penolong Pegawai AADK Daerah Batu Pahat
                 Bahagian Rawatan Dan Pemulihan
             3. En. Norhisam bin Mad Nafi selaku Pegawai Imigresin Tinggi Batu Pahat.
Perbincangan forum berkisar kepada soal keselamatan dan ketenteraman awam. Diakhir sesi penerangan oleh ketiga-tiga panel dan sesi soal-jawap bersama anggota SRS, moderator menyimpulkan bahawa pihak komuniti setempat khususnya anggota SRS/KRT selaku barisan depan diberi tanggungjawab untuk sentiasa menjalin hubungan baik dengan ketiga-tiga agensi kerajaan ini dalam usaha mendapatkan maklumat terkini bagi penyebaran dan menyampaikan maklumat tempatan kepada pihak berkuasa berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pihak Pejabat Perpaduan Daerah telah  menyampaikan 10 set walkie-talkie kepada kumpulan SRS yang terpilih kemudian En. Mohd Ayob telah mengetuai perbarisan dan pembahagian kumpulan SRS untuk diagihkan kepada 5 kawasan rondaan terpilih.

Tuan Hj. Rofie selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bersama Pegawai Perpaduan, Puan Nurhafizah bersama anggota SRS terpilih telah menyertai dan bertolak ke lokasi Pusat Aktiviti KRT TISS2 di Balai BAKAF 3A dijalan 34A Taman Seri Sulong tepat jam 12.30 malam. Setelah mendengar taklimat tentagn KRT dan SRS TISS2 yang disampaikan oleh En. Ramaban Abd Aziz dan jamuan, sekali lagi En. Mohd Ayob telah membuat panggilan masuk baris dan taklimat rondaan. Peronda dibahagikan kepada  kumpulan berbasikal diketuai oleh Pn. Nurhafizah dan kumpulan berjalan kaki di ketuai oleh En. Jamhari meronda seluruh kawasan sehingga jam 3.00 pagi, kemudian balik ke dewan untuk sesi melapor dan bergerak balik ke KRT masing-masing.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga diberkati Allah jua.

No comments:

Post a Comment