Taman ini pada mulanya dibawah pentadbiran JKKK Pt. Separap kemudian mulai 2005 apabila persempadanan semula kawasan mengundi, taman ini telah dipindahkan kepada pentadbiran JKKK Pt. Lapis Maimon sebagai kawasan rangkaiannya.
Taman ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Taman yang berangkaian kepada JKKK Pt. Lapis Maimon mengikut arahan Tuan Pegawai Daerah, tetapi oleh kerana kawasan taman ini juga dibawah kawal-selia Majlis Perbandaran Batu Pahat dan warga taman dikehendaki membayar cukai pintu kepada MPBP, maka JKKT juga bertindak sebagai Jawatankuasa Penduduk(JKP) untuk berhubung dengan MPBP bagi mendapatkan peruntukan jalanraya, pungutan sampah, pembersihan dan potong rumput, cuci-longkang, penyelenggaran padang permainan & padang bola, Dewan Serbaguna Orangramai, lanskap dan pokok-pokok tepi jalan dsb.
Selain daripada JKKT/JKP - warga taman juga aktif didalam pentadbiran/pertubuhan/persatuan,
1. Pentadbiran Surau Ribatul Muslimin dibawah kawal-selia Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat.
2. Persatuan Wanita Islam Seri Sulong (PERWATISS).
2. Kawasan Rukun Tetangga Taman Industri Seri Sulong dibawah kawal-selia JPNIN.
3. Kawasan Rukun Tetangga taman Industri Seri Sulong 2 dibawah kawal-selia JPNIN.
4. Persatuan Kebajikan Penduduk Fasa 3A (BAKAF 3A) berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
5. Pakatan-pakatan mengikut Zon/ Blok yasinan.
6. Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Cawangan Seri Sulong, berangkaian ke Daerah/Negeri/Keb..
7. Persatuan Belia ETIKA, Persatuan Kelab Badminton dan permainan lain.
8. Perkumpulan kompang
No comments:
Post a Comment